Hati ibu mana yang
tak bimbang kalau tengok anak tak sihat kan?. KALAU yang ni memang sering bermain difikiran setiap ibu dan ayah..
“Kalau la sakit ni boleh dipindah² ..ibu sanggup tanggung” . Itu la kalau yang
sering kita ungkap. Semalam Hafeey demam lagi. Kali ni betul-betul buat linda
risau. Semalaman linda tak boleh tido.
Macam-macam cara linda buat untuk kurangkan panas badan hafeey. Salah
satunya “SPONGING” atau menjelum
bagi mengurangkan panas badan pada kanak-kanak. Kalau korang nak tau ..“Sponging”
ni adalah satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu
anak. Cara – cara sponging ni mudah je…
First…
● Sediakan
air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
● Rendam tuala dan perahkan.
● Lapkan air suam pada kepala
anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan seketika
● Lapkan air suam pada pada
kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
● Lapkan air suam pada paha
dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
● Ulangi dan lakukan selama 30
minit.
PERHATIAN..!!!
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil,
dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan
bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih
tinggi.
Untuk bayi bawah umur
1tahun di larang sama sekali menggunakan kaedah Sponging ini. Untuk bayi kita
cuma perlu tekapkan tapak tangan kita yang basah ke badan bayi.. itu pun kena
bermula dari kaki. Linda banyak bertanya pada doktor pakar yang selalu merawat
hafeey cara – cara nak handle bayi kalau demam.
Owh ya.. perlu diingat..
sebelum kita lakukan Sponging ni kita kena pastikan anak betul- betul demam.
Sebab suhu badan manusia nie.. berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan.
Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas
dari pada biasa. Oleh itu cari thermometer then sukat suhu badan anak terlebih dahulu. Thermometer
yang digalakkan ialah thermometer digital , kerana lebih selamat digunakan
berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Berikut adalah bacaan bagi mengesahkan tahap demam pada anak-anak:
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya
kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam
yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum
air dengan banyak. Hope tips diatas dapat membantu kawan-kawan untuk
menghadapi anak-anak ketika demam.
Nota kaki : Ibu doakan
gulahati ibu cepat sembuh….