Pages

Saturday 12 May 2012

Selamat Hari Ibu



SELAMAT HARI IBU 2012



Mawar Putih Untuk Mama




Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Teringat bait-bait lirik lagu MAWAR PUTIH UNTUK MAMA . Lagu ni seringkali menyentuh perasaanku. Tiap kali dengar lagu ni rasa sebak je hati ni. Meronta-ronta teringatkan mama..
Kasih ibu tiada bandingannya. Kita tak akan dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Ibu yang dulu kita lihat kuat..cergas..kini semakin tua dimamah usia. Mungkin ada di antara kita sudah bergelar ibu. Mungkin juga ada yang bakal bergelar ibu. Sedar tak sedar kita juga hampir setaraf dengan ibu kita. Terasa baru semalam kita dipeluk dan dibelai ibu kita. Tapi hari ini giliran kita membelai dan mendidik anak –anak yang lahir dari rahim kita. Kini..baru kita sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu... baru kita tahu betapa susahnya ibu melahirkan kita dulu.
Sahabat..pasti pernah dengar atau melihat ungkapan "Syurga di bawah tapak kaki ibu”.. Kasih Ibu membawa ke Syurga”.. ungkapan-ungkapan ini melambangkan betapa mulia ibu. Betapa  mulianya ibu, hinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri.
Apakah balasan yang telah kita berikan kepada ibu atas pengorbanannya pada kita..? Bagi yang masih ada ibu, kasihilah ibu kita kerana ibu kita hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi.. tinggallah kita di dunia ini dan tidak berIBU lagi. Bagi yang ibunya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan jadilah manusia yang berguna.
Semperna Hari Ibu 13 Mei 2012 ni, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama saya Pn. Mariyam Binti Hj Tahir.. terima kasih mama kerana telah melahirkan, membesarkan dan mendidik lin menjadi insan yang berguna. Jasa mama akan lin kenang hingga akhir hayat. Semoga Mama sentias sihat dan sentiasa di dalam Redha- Nya. Tak lupa juga buat ibu mertua saya..Selamat Hari ibu Mak. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana memiliki ibu-ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Pada saya Mama & Mak adalah Ibu Mithali..
Semoga saya juga mampu menjadi seperti mereka..tabah dalam membesarkan anak-anak.Saya akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik buat permata saya .