Pages

Sunday 29 April 2012

Permata Berharga


Hati ini betul-betul terguris lepas tengok berita kat TV3 tadi. Menitis air mata bila melihat tubuh kecil yang tidak bermaya terbaring di atas katil dengan wayar berselirat di tubuh. Ya Allah..kesiannya melihat adik Mohd Danish Aiman yang didera oleh teman lelaki ibunya. Walaupun keadaannya makin stabil , tapi melihat keadaannya membuatkan aku rasa sebak. kenapa ada insan yang sanggup melakukan sedemikian rupa pada si anak yang tak mengerti apa-apa. Hasrat hati pada mulanya nak tidur awal malam ni. dek sebabkan berita tadi mata ini sukar untuk lelap. hati ku menangis dan merintih.. Ya Allah..kenapa..kenapa..kenapa??? tu je la persoalan yang sedang bermain difikiran ku. Rasa SEDIH, KESIAN & GERAM sedang menyelubungiku saat ini. Kadang-kadang hati tertanya-tanya..tak ada rasa perikemanusiaan ke insan tersebut masa tu? Apa dia nampak masa tu ye? Apa yang dia fikir masa tu..? YA ALLAH..kenapa la bertindak mengikut perasaan!!! Walaupun itu bukan zuriat kita..tapi dia juga seorang insan dan merupakan khalifah Allah dimuka bumi ni. Dia pun punya hak tersendiri. Binatang pun sayangkan anaknya. Kebelakangan ni sering terdengar tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati dan sukar untuk dilupakan tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati. Kemudian kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya . Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan  27 hari selepas kehilangannya. Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, insan-insan ini akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Kenapa perlu menzalimi tubuh kecil yang tak tau apa-apa..yang sepatutnya mendapat kasih sayang..dibelai dan dimanja? Sedar tak kita bahawa anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Anak juga merupakan amanah Allah yang akan kembali dipersoalkan di Padang Mahsyar atas pertanggungjawaban tersebut.
Semoga Allah sentiasa melindungi Permataku "Nu'im Hafeey" dari perkara-perkara sebegini. Sesungguhnya aku amat menghargai pemberian Allah kepadaku..walaupun sekadar pinjaman. Insya'Allah ibu & ayah akan sentiasa beri yang terbaik untuk PERMATA BERHARGA ibu & ayah ini. Kasih ibu tak akan pernah terhakis walau seinci untuk anak ibu..Ibu sentiasa doakan agar anak ibu menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa berada dalam redha-Nya.. Amin..



“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Batuk oh Batuk

Dah hampir sebulan lebih batuk hafeey tak baik-baik. hingus pun dok meleleh je. ubat dah berbotol-botol habis. hati ni makin risau melihat keadaan anak. seringkali terdetik di  hati memohon kepada Allah agar memindahkan segala penyakit yang ada pada hafeey kepadaku. macam-macam cara linda dah buat..tak ok juga.orang cakap..hmm musim sekarang ni budak2 sakit..huhuhu..musim pun musim la juga..tak kan la nak biarkan betul tak? kelmarin linda pun bawa la hafeey ke hospital..risau gak dengan keadaan dia..takut melarat pulak kalau dibiarkan. masa kat hospital doktor pun tanya la itu ini..doktor minta permission untuk x-ray hafeey. risau gak la hati ni masa tu..berdebar nak tunggu result keluar.. lepas doktor check keadaan hafeey..doktor cakap keadaan hafeey tak serius..paru-paru pun semua ok. cuma ada kahak je dalam kerongkong dia. Alhamdulillah.. Tadi masa tengah jalan-jalan di alam maya ni..terpandang 1 artikel tentang batuk berkahak.. jom kita baca..

BATUK merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya menghasilkan bunyi. Batuk terbahagi kepada dua. Iaitu Batuk Berkahak dan Batuk Kering.

Tanda-tanda Dan Rawatan Batuk Berkahak

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatangkan lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti Hidung,Mulut,dan Telinga.Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.
Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami:-
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya berpunca batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya rawatan batuk berkahak tidak diambil ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil penyakit paru-paru berair.Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asthma.
Pengambilan yang perlu dicegah iaitu- Mengurangkan pengambilan makanan segera
- Air yang bergas
- Minuman yang berais
Dan amalan yang perlu dilakukan selalu
- Dengan meminum air suam secukupnya
- Senaman
- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.
Yang diatas kebanyakkan untuk yang telah dewasa dan manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti
- membasuh tangannya selalu
- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik
- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya
Setiap apa pun yang berlaku perlulah di cegah dari peringkat awal sebelum terlambat kerana disetiap badan manusia mengandungi banyak sel-sel yang penting terutamanya pada pernafasan.Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar hidup yang akan datang lebih harmoni dan terhindar dari sebarang penyakit.

”Hak Manusia Berusaha Dan Kesembuhan Mutlak Adalah Hak ALLAH.”
.

Friday 20 April 2012

Mood Mengedot Kembali

Sudah agak lama linda tak mengedot atas apam dot dot. Sejak si kecil linda mula pandai meriarap linda semakin tak berpeluang untuk lepak2 di dapur lama-lama. hurm..klau nk tunggu si kecil tidor..time tu linda pun nk join sekali..hehehe. seharian penat di pejabat..balik nak melayan si kecil lagi. So semalam sempat la mengedot di sebabkan ramai yang melayan anak ,..linda pun leh la lepak kat dapur tu. Linda sgt suka dengan apam nie (bile orang yang tolong buatkan la..hehehe ). Tiap kali linda buat, xkan sentuh pun..hurm agaknye dok bau apam dot-dot tu je..lama2 naik jemu gak..kan? If ada yang nk resepi apam dot-dot yang linda buat ni leh tgk kat bawah ni erk. Linda pun copy n paste kat my resepi gak. mula2 buat tak menjadi. nanti linda bagi tips2 untuk dapatkan apam polkadot yang gebu erk.

Resepi Apam Polkadot
Bahan-bahan (50biji utk cup kecil)
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan  maksima sehingga kembang bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan .
  2. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  3. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  4. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  5. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  6. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Tips ringkas:
-  Masak dengan api yang perlahan. Sebelumtu panaskan pengukus dulu tau.
-  masa masukkan adunan ke dalam paper cup tu linda buat 3/4 sebab nanti bile dia masak nampak gebu je.
-  bile nak buat dot - dot tu masa pegang piping bag tu tangan kita kena tegak utk
   dapatkan dot yang menarik. ( ni cara2 yang selalu linda buat.setelah beribu kali  percubaan baru la dpt yang memuaskan hati ..)

Sempat gak linda snap hasil tangan kali ni sebelum apam2 ni masuk ke mulut adik2 linda..



Nu'im Hafeey (Nikmat Yang Mulia)

Setiap orang punya  naluri dan keinginan yang berbeza. Aku juga salah seorang yang punya keinginan untuk menikmati erti kebahagiaan. 2 tahun aku dan suami menanti kehadiran cahaya mata.. pelbagai dugaan dan tekanan aku terima. Syukur Alhamdulillah.. berkat doa, usaha dan seterusnya tawakal..akhirnya Allah makbulkan juga doa aku. Tanggal 31 Ogos 2011 jam 5.33pg lahirlah putera sulong kami. Pengalaman pertama melahirkan seorang anak tak akan dapat aku lupakan. Baru la tau betapa susahnya ibu melahirkan kita. kini sedar tak sedar Nu'im Hafeey ku sudah pun berumur 7bulan.. hurm..rasa mcm baru semalam je aku melahirkannya. Betul kata orang anak adalah pengikat kasih sayang..Kini keluarga kecilku sgt bahagia dengan kehadirannya.

Hari Pertama Melihat dunia..


1 Bulan..


2 bulan..


3 bulan..


4 bulan..


5 bulan..

6 bulan..

7 bulan..



Tuesday 17 April 2012

Cintaku Pada Si "ADAM"

jam dah pukul 3.35 pg..mata ni still xleh nk pejam..hurm agaknya mood untuk ber~blog sedang berkobar2 dlm abdomen aku ni agaknye.. hehe. hurm ok la tu kan. ok now aku nk cerita sikit tentang CINTAku .. kitorang mula berkenalan since tahun 2006.masa tu sama2 tgh berkursus kat Institut Perhutanan Kepong. namanya Mohd Nadzri Bin Noor Arduan berasal dari terengganu.. (jauh tu klau nak balik kampung.. Perak vs Terengganu). 3tahun perkenalan kitaorang pun "menghalalkan" la hubungan yang telah terjalin tu...

Tanggal 23 Januari  2009 kami pun di nikahkan.

Hurm..bila ingat balik time nak nikah tu mcm2 benda yang terjadi.. malu ada...geram ada..tp bile ingat2 balik lawak pun ada. betul la kata orang tua2..xselalunya apa yang dirancang akan menjadi. tp kadang-kadang benda yang tak dirancang tu leh jadi bagi best dari yang dirancangkan.. mcm kes time aku nk booking pelamin angan ku tu.. dari hari aku booking tu sampai nk tiba Hari Aku tu..sekali pun aku xtgk mcm mana rupa pelamin aku tu..aku cuma cite je kat akak tu ciri2 pelamin yang aku angan2 kan tu.. hurm bila tiba harinya aku pun terkejut..xsangka apa yg di angankan telah menjadi kenyataan.. hehehe..
taadaa.. ha..ni la pelamin yang aku angan2kan.. masa tu ni je kot yg agak cntik pada mata aku. nak banding dgn pelamin skng ni harus la tak kan..






Ƨαℓαм Ƥɛяκɛиαℓαи Ɖαяικʋ

ini merupakan 1st entri ku. Sungguh terharu bile ada sahabatku yang berbesar hati untuk membantuku mewujudkan blog ini...terima kasih SAHABAT.. jasamu akan sentiasa ku kenang. . hurm.. serba sedikit tentangku.. Diberi nama RAZLINDA BINTI ZAKARIA . . lebih dikenali sebagai Lin @ Linda ..aku merupakan puteri sulong didalam keluarga. telah dilahirkan pada 24 April 1984 . Telah berkahwin dan mempunyai seorang permata hati. aku seorang yang periang dan mudah didekati.. pendek kata peramah la ( ceewaahh .. :p ). hurm tu je kot serba sedikit.