Pages

Monday 16 March 2015

Cara Mengurangkan Panas Badan Anak Dengan Kaedah "SPONGING"


Hati ibu mana yang  tak bimbang kalau tengok anak tak sihat kan?. KALAU yang ni memang sering bermain difikiran setiap ibu dan ayah.. “Kalau la sakit ni boleh dipindah² ..ibu sanggup tanggung” . Itu la kalau yang sering kita ungkap. Semalam Hafeey demam lagi. Kali ni betul-betul buat linda risau. Semalaman linda tak boleh tido.  Macam-macam cara linda buat untuk kurangkan panas badan hafeey. Salah satunyaSPONGING” atau menjelum bagi mengurangkan panas badan pada kanak-kanak. Kalau korang nak tau ..“Sponging” ni adalah satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara – cara sponging ni mudah je…
First…

Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
Rendam tuala dan perahkan.
Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan seketika
Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

PERHATIAN..!!!
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Untuk bayi bawah umur 1tahun di larang sama sekali menggunakan kaedah Sponging ini. Untuk bayi kita cuma perlu tekapkan tapak tangan kita yang basah ke badan bayi.. itu pun kena bermula dari kaki. Linda banyak bertanya pada doktor pakar yang selalu merawat hafeey cara – cara nak handle bayi kalau demam.

Owh ya.. perlu diingat.. sebelum kita lakukan Sponging ni kita kena pastikan anak betul- betul demam. Sebab suhu badan manusia nie.. berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu cari thermometer then sukat suhu badan anak terlebih dahulu. Thermometer yang digalakkan ialah thermometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan. Berikut adalah bacaan bagi mengesahkan tahap demam pada anak-anak:

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum air dengan banyak. Hope tips diatas dapat membantu kawan-kawan untuk menghadapi anak-anak  ketika demam.


Nota kaki : Ibu doakan gulahati ibu cepat sembuh….

Saturday 14 March 2015

oh OTAK - OTAK



Ni nak cerita pasal Otak - otak pulak.. semua tahu ke apa itu Otak - Otak??? Orang tua - tua cakap.. Malu Bertanya Sesat Jalan... kalau tak tahu jangan la buat2 tahu..kikiki.. ok hasil daripada pertemuan dengan pakcik google jumpe la cerita tentang otak -otak ni..
Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.
Actually gulahati linda, hafeey & haziq sangat2 la suka dgn Otak-otak ni. Klau pergi ke pasar malam confirm tu la benda yang diaorg akan cari dulu. Kalau dah dapat otak-otak ayah ngan ibu lalu pun diaorg xpeduli...huhuhu. dek sebabkan gulahati linda suka sgt otak - otak ni..si ibu pun berjalan2 la jumpe pakcik google konon2 nk cari resepi otak-otak johor.. entah bila nk buatnya pun xtau la..kikikiki. xpe janji kita simpan dulu koleksi resepi otak-otak ni kan...

OTAK-OTAK JOHOR
Bahan-Bahan :

1 ekor @ 1.2 kg Ikan Parang
1 ½ biji Kelapa Parut
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu kecil Jintan Manis
4 @ 5 batang Serai
1 sudu kecil Serbuk Lada Putih
3 @ 4 batang Cili Merah
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Secukup rasa Garam
Sedikit Pucuk kelapa / Nipah ( daun buat ketupat pun boleh )


Cara Membuat:

●Ikan parang tu dibuang kepala dan ekornya dan potong sebelah menyebelah antara tulang belakangnya. Then kikis isinye dengan pisau sebera.Cara tradisi selepas dapat isi ikan parang ni, isinya digiling terlebih dahulu atau ditumbuk dengan lesung batu kemudian masukkan dalam bekas Tupperware.

●Bawang merah , Bawang putih Jintan Putih , jintan manis , halia , lengkuas , lada putih , garam , cili merah , serai dipotong nipis2 then di blander hingga halus.

●masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas berisi ikan parang tadi bersama serbuk kunyit.Juga kelapa parut.

● Perlu dingat ni hal kelapa parut pulak, kalau pi kedai beli kelapa parut, minta tukang parut kelapa parut halus-halus nak isinya yang putih aje, tak nak sampai kulit arinye diparut. Atau pun guna blander kering.. kisar dulu kelapa parut tu sampai halus.

● Selepas tu gaulkan isi ikan parang tu dengan rempah – rempah dan kelapa parut hingga sebati dan taburkan garam sehingga cukup rasa.

● Ambil pucuk kelapa dipotong 8 inci panjang dan masukkan otak-otak itu 1 sudu besar ke dalam daun itu dan tangkupkan dengan sehelai lagi daun lalu disemat hujung pangkalnye dengan lidi. Buatlah hingga selesai semuanya.

● Setelah siap barulah boleh dibakar diatas bara api seperti orang membakar satay!Bile Nampak daun otak-otak tu layu bolehlah diangkat..
Ok done !!!

ni Otak - Otak yang #shuben beli kat pasar malam..mmg terbaik rasa dia


Kalau ada sape2 yg nk try..boleh la try resepi ni.. InshaAllah 1day linda pun akn buat utk gulahati linda..

GulaHatiSaya~ HAFEEY & HAZIQ


Lamanya tak menekan2 keybord utk ber~blog..
Oh ya.. now linda dah ada 2org gulahati junior.. (syukur Alhamdulillah). Gulahati pertama linda Muhammad Nu'im Hafeey now dh 3tahun 7bulan.. and gulahati kedua linda, Muhammad Nu'im Haziq 2thn 2bln. Rezeki dari Allah dua2nya hero. Happy tgk gulahati linda membesar dengan sihat.. cuma adik Haziq je.. since dia berumur 2minggu doctor dh sahkan dia ada spinal bifida L5. InshaAllah ada masa linda share apa itu spinal bifida. Apa2 pun linda sentiasa doakan gulahati haziq sentiasa diberi kesihatan yang baik..

~~Godek - godek hard disk jumpe la gambar2 haziq.. 


Haziq 6 bulan


Haziq 8 bulan

Hafeey & Haziq now....!!!




~~ Anugerah dari Langit.. Syukur Alhamdulillah


Thursday 21 June 2012

Mom to be ~again


     Sudah agak lama tak mencoret disini. lately ni sy amat sibuk dan ditambahkan pula dengan keadaan diri yang tak berapa memuaskan. hati meronta-ronta untuk mencoret..tapi apakan daya diri tak mampu untuk membiarkan mata dan jari jemari menyentuh lappy..Alhamdulillah hari ni sy makin sihat dan bertenaga. hurm.. last week sy telah ke klinik..then doc bagi tau yang sy preggy 2month..Alhamdulillah. walaupun agak awal untuk sy pregnant, tp sy terima dengan penuh kesyukuran. ini la yang di katakan rezeki ALLAH.
    Di awal perkahwinan sy dulu agak lama untuk sy menerima kehadiran cahaya mata. Allah duga sy dgn pelbagai ujian. masih segar di ingatan ini bila kandungan pertama sy gugur.. Tuhan saja yang tahu perasaan sy ketika itu. Alhamdulillah..berkat usaha, doa dan tawakal sy, akhirnya sy bergelar ibu. dan kini usia nak sulong sy baru 10bln sy dah mengandung kembali.. Syukur Ya Allah..
    Insya'Allah sy akan sentiasa jadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan anak2 sy.
Doakan  sy yea..


 

Saturday 12 May 2012

Selamat Hari Ibu



SELAMAT HARI IBU 2012



Mawar Putih Untuk Mama




Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Teringat bait-bait lirik lagu MAWAR PUTIH UNTUK MAMA . Lagu ni seringkali menyentuh perasaanku. Tiap kali dengar lagu ni rasa sebak je hati ni. Meronta-ronta teringatkan mama..
Kasih ibu tiada bandingannya. Kita tak akan dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Ibu yang dulu kita lihat kuat..cergas..kini semakin tua dimamah usia. Mungkin ada di antara kita sudah bergelar ibu. Mungkin juga ada yang bakal bergelar ibu. Sedar tak sedar kita juga hampir setaraf dengan ibu kita. Terasa baru semalam kita dipeluk dan dibelai ibu kita. Tapi hari ini giliran kita membelai dan mendidik anak –anak yang lahir dari rahim kita. Kini..baru kita sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu... baru kita tahu betapa susahnya ibu melahirkan kita dulu.
Sahabat..pasti pernah dengar atau melihat ungkapan "Syurga di bawah tapak kaki ibu”.. Kasih Ibu membawa ke Syurga”.. ungkapan-ungkapan ini melambangkan betapa mulia ibu. Betapa  mulianya ibu, hinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri.
Apakah balasan yang telah kita berikan kepada ibu atas pengorbanannya pada kita..? Bagi yang masih ada ibu, kasihilah ibu kita kerana ibu kita hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi.. tinggallah kita di dunia ini dan tidak berIBU lagi. Bagi yang ibunya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan jadilah manusia yang berguna.
Semperna Hari Ibu 13 Mei 2012 ni, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama saya Pn. Mariyam Binti Hj Tahir.. terima kasih mama kerana telah melahirkan, membesarkan dan mendidik lin menjadi insan yang berguna. Jasa mama akan lin kenang hingga akhir hayat. Semoga Mama sentias sihat dan sentiasa di dalam Redha- Nya. Tak lupa juga buat ibu mertua saya..Selamat Hari ibu Mak. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana memiliki ibu-ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Pada saya Mama & Mak adalah Ibu Mithali..
Semoga saya juga mampu menjadi seperti mereka..tabah dalam membesarkan anak-anak.Saya akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik buat permata saya .

Sunday 29 April 2012

Permata Berharga


Hati ini betul-betul terguris lepas tengok berita kat TV3 tadi. Menitis air mata bila melihat tubuh kecil yang tidak bermaya terbaring di atas katil dengan wayar berselirat di tubuh. Ya Allah..kesiannya melihat adik Mohd Danish Aiman yang didera oleh teman lelaki ibunya. Walaupun keadaannya makin stabil , tapi melihat keadaannya membuatkan aku rasa sebak. kenapa ada insan yang sanggup melakukan sedemikian rupa pada si anak yang tak mengerti apa-apa. Hasrat hati pada mulanya nak tidur awal malam ni. dek sebabkan berita tadi mata ini sukar untuk lelap. hati ku menangis dan merintih.. Ya Allah..kenapa..kenapa..kenapa??? tu je la persoalan yang sedang bermain difikiran ku. Rasa SEDIH, KESIAN & GERAM sedang menyelubungiku saat ini. Kadang-kadang hati tertanya-tanya..tak ada rasa perikemanusiaan ke insan tersebut masa tu? Apa dia nampak masa tu ye? Apa yang dia fikir masa tu..? YA ALLAH..kenapa la bertindak mengikut perasaan!!! Walaupun itu bukan zuriat kita..tapi dia juga seorang insan dan merupakan khalifah Allah dimuka bumi ni. Dia pun punya hak tersendiri. Binatang pun sayangkan anaknya. Kebelakangan ni sering terdengar tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati dan sukar untuk dilupakan tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati. Kemudian kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya . Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan  27 hari selepas kehilangannya. Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, insan-insan ini akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Kenapa perlu menzalimi tubuh kecil yang tak tau apa-apa..yang sepatutnya mendapat kasih sayang..dibelai dan dimanja? Sedar tak kita bahawa anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Anak juga merupakan amanah Allah yang akan kembali dipersoalkan di Padang Mahsyar atas pertanggungjawaban tersebut.
Semoga Allah sentiasa melindungi Permataku "Nu'im Hafeey" dari perkara-perkara sebegini. Sesungguhnya aku amat menghargai pemberian Allah kepadaku..walaupun sekadar pinjaman. Insya'Allah ibu & ayah akan sentiasa beri yang terbaik untuk PERMATA BERHARGA ibu & ayah ini. Kasih ibu tak akan pernah terhakis walau seinci untuk anak ibu..Ibu sentiasa doakan agar anak ibu menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa berada dalam redha-Nya.. Amin..



“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Batuk oh Batuk

Dah hampir sebulan lebih batuk hafeey tak baik-baik. hingus pun dok meleleh je. ubat dah berbotol-botol habis. hati ni makin risau melihat keadaan anak. seringkali terdetik di  hati memohon kepada Allah agar memindahkan segala penyakit yang ada pada hafeey kepadaku. macam-macam cara linda dah buat..tak ok juga.orang cakap..hmm musim sekarang ni budak2 sakit..huhuhu..musim pun musim la juga..tak kan la nak biarkan betul tak? kelmarin linda pun bawa la hafeey ke hospital..risau gak dengan keadaan dia..takut melarat pulak kalau dibiarkan. masa kat hospital doktor pun tanya la itu ini..doktor minta permission untuk x-ray hafeey. risau gak la hati ni masa tu..berdebar nak tunggu result keluar.. lepas doktor check keadaan hafeey..doktor cakap keadaan hafeey tak serius..paru-paru pun semua ok. cuma ada kahak je dalam kerongkong dia. Alhamdulillah.. Tadi masa tengah jalan-jalan di alam maya ni..terpandang 1 artikel tentang batuk berkahak.. jom kita baca..

BATUK merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya menghasilkan bunyi. Batuk terbahagi kepada dua. Iaitu Batuk Berkahak dan Batuk Kering.

Tanda-tanda Dan Rawatan Batuk Berkahak

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatangkan lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti Hidung,Mulut,dan Telinga.Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.
Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami:-
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya berpunca batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya rawatan batuk berkahak tidak diambil ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil penyakit paru-paru berair.Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asthma.
Pengambilan yang perlu dicegah iaitu- Mengurangkan pengambilan makanan segera
- Air yang bergas
- Minuman yang berais
Dan amalan yang perlu dilakukan selalu
- Dengan meminum air suam secukupnya
- Senaman
- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.
Yang diatas kebanyakkan untuk yang telah dewasa dan manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti
- membasuh tangannya selalu
- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik
- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya
Setiap apa pun yang berlaku perlulah di cegah dari peringkat awal sebelum terlambat kerana disetiap badan manusia mengandungi banyak sel-sel yang penting terutamanya pada pernafasan.Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar hidup yang akan datang lebih harmoni dan terhindar dari sebarang penyakit.

”Hak Manusia Berusaha Dan Kesembuhan Mutlak Adalah Hak ALLAH.”
.