Pages

Sunday 29 April 2012

Permata Berharga


Hati ini betul-betul terguris lepas tengok berita kat TV3 tadi. Menitis air mata bila melihat tubuh kecil yang tidak bermaya terbaring di atas katil dengan wayar berselirat di tubuh. Ya Allah..kesiannya melihat adik Mohd Danish Aiman yang didera oleh teman lelaki ibunya. Walaupun keadaannya makin stabil , tapi melihat keadaannya membuatkan aku rasa sebak. kenapa ada insan yang sanggup melakukan sedemikian rupa pada si anak yang tak mengerti apa-apa. Hasrat hati pada mulanya nak tidur awal malam ni. dek sebabkan berita tadi mata ini sukar untuk lelap. hati ku menangis dan merintih.. Ya Allah..kenapa..kenapa..kenapa??? tu je la persoalan yang sedang bermain difikiran ku. Rasa SEDIH, KESIAN & GERAM sedang menyelubungiku saat ini. Kadang-kadang hati tertanya-tanya..tak ada rasa perikemanusiaan ke insan tersebut masa tu? Apa dia nampak masa tu ye? Apa yang dia fikir masa tu..? YA ALLAH..kenapa la bertindak mengikut perasaan!!! Walaupun itu bukan zuriat kita..tapi dia juga seorang insan dan merupakan khalifah Allah dimuka bumi ni. Dia pun punya hak tersendiri. Binatang pun sayangkan anaknya. Kebelakangan ni sering terdengar tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati dan sukar untuk dilupakan tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati. Kemudian kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya . Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan  27 hari selepas kehilangannya. Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, insan-insan ini akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Kenapa perlu menzalimi tubuh kecil yang tak tau apa-apa..yang sepatutnya mendapat kasih sayang..dibelai dan dimanja? Sedar tak kita bahawa anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Anak juga merupakan amanah Allah yang akan kembali dipersoalkan di Padang Mahsyar atas pertanggungjawaban tersebut.
Semoga Allah sentiasa melindungi Permataku "Nu'im Hafeey" dari perkara-perkara sebegini. Sesungguhnya aku amat menghargai pemberian Allah kepadaku..walaupun sekadar pinjaman. Insya'Allah ibu & ayah akan sentiasa beri yang terbaik untuk PERMATA BERHARGA ibu & ayah ini. Kasih ibu tak akan pernah terhakis walau seinci untuk anak ibu..Ibu sentiasa doakan agar anak ibu menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa berada dalam redha-Nya.. Amin..



“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

0 comments:

Post a Comment