Pages

Friday 20 April 2012

Mood Mengedot Kembali

Sudah agak lama linda tak mengedot atas apam dot dot. Sejak si kecil linda mula pandai meriarap linda semakin tak berpeluang untuk lepak2 di dapur lama-lama. hurm..klau nk tunggu si kecil tidor..time tu linda pun nk join sekali..hehehe. seharian penat di pejabat..balik nak melayan si kecil lagi. So semalam sempat la mengedot di sebabkan ramai yang melayan anak ,..linda pun leh la lepak kat dapur tu. Linda sgt suka dengan apam nie (bile orang yang tolong buatkan la..hehehe ). Tiap kali linda buat, xkan sentuh pun..hurm agaknye dok bau apam dot-dot tu je..lama2 naik jemu gak..kan? If ada yang nk resepi apam dot-dot yang linda buat ni leh tgk kat bawah ni erk. Linda pun copy n paste kat my resepi gak. mula2 buat tak menjadi. nanti linda bagi tips2 untuk dapatkan apam polkadot yang gebu erk.

Resepi Apam Polkadot
Bahan-bahan (50biji utk cup kecil)
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan  maksima sehingga kembang bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan .
  2. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  3. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  4. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  5. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  6. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Tips ringkas:
-  Masak dengan api yang perlahan. Sebelumtu panaskan pengukus dulu tau.
-  masa masukkan adunan ke dalam paper cup tu linda buat 3/4 sebab nanti bile dia masak nampak gebu je.
-  bile nak buat dot - dot tu masa pegang piping bag tu tangan kita kena tegak utk
   dapatkan dot yang menarik. ( ni cara2 yang selalu linda buat.setelah beribu kali  percubaan baru la dpt yang memuaskan hati ..)

Sempat gak linda snap hasil tangan kali ni sebelum apam2 ni masuk ke mulut adik2 linda..



0 comments:

Post a Comment