Pages

Monday 16 March 2015

Cara Mengurangkan Panas Badan Anak Dengan Kaedah "SPONGING"


Hati ibu mana yang  tak bimbang kalau tengok anak tak sihat kan?. KALAU yang ni memang sering bermain difikiran setiap ibu dan ayah.. “Kalau la sakit ni boleh dipindah² ..ibu sanggup tanggung” . Itu la kalau yang sering kita ungkap. Semalam Hafeey demam lagi. Kali ni betul-betul buat linda risau. Semalaman linda tak boleh tido.  Macam-macam cara linda buat untuk kurangkan panas badan hafeey. Salah satunyaSPONGING” atau menjelum bagi mengurangkan panas badan pada kanak-kanak. Kalau korang nak tau ..“Sponging” ni adalah satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara – cara sponging ni mudah je…
First…

Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
Rendam tuala dan perahkan.
Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan seketika
Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

PERHATIAN..!!!
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Untuk bayi bawah umur 1tahun di larang sama sekali menggunakan kaedah Sponging ini. Untuk bayi kita cuma perlu tekapkan tapak tangan kita yang basah ke badan bayi.. itu pun kena bermula dari kaki. Linda banyak bertanya pada doktor pakar yang selalu merawat hafeey cara – cara nak handle bayi kalau demam.

Owh ya.. perlu diingat.. sebelum kita lakukan Sponging ni kita kena pastikan anak betul- betul demam. Sebab suhu badan manusia nie.. berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu cari thermometer then sukat suhu badan anak terlebih dahulu. Thermometer yang digalakkan ialah thermometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan. Berikut adalah bacaan bagi mengesahkan tahap demam pada anak-anak:

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum air dengan banyak. Hope tips diatas dapat membantu kawan-kawan untuk menghadapi anak-anak  ketika demam.


Nota kaki : Ibu doakan gulahati ibu cepat sembuh….

0 comments:

Post a Comment